Cinta tidak pernah meminta, ia
sentiasa memberi, cinta membawa
penderitaan, tetapi tidak pernah
berdendam, tak pernah
membalas dendam. Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan;
manakala kebencian membawa
kepada kemusnahan.
Tuhan memberi kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk
melihat. Tetapi mengapa Tuhan
hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita? Karena
Tuhan telah memberikan
sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah
namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di
sebuah sungai. Satu titis air mata
tu menyapa air mata yg satu lagi,”
Saya air mata seorang gadis yang
mencintai seorang lelaki tetapi
telah kehilangannya. Siapa kamu
pula ?”. Jawab titis air mata kedua
tu,” Saya air mata seorang lelaki
yang menyesal membiarkan
seorang gadis yang mencintai saya
berlalu begitu sahaja. ”
Cinta sejati adalah ketika dia
mencintai orang lain, dan kamu
masih mampu tersenyum, sambil
berkata: aku turut bahagia
untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita
akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi
kita.
Jangan sesekali mengucapkan
selamat tinggal jika kamu masih
mau mencoba. Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih
merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih
tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari
mata, sedangkan rasa suka
dimulai dari telinga. Jadi jika kamu
mahu berhenti menyukai
seseorang, cukup dengan
menutup telinga. Tapi apabila
kamu Coba menutup matamu
dari orang yang kamu cintai, cinta
itu berubah menjadi titisan air
mata dan terus tinggal dihatimu
dalam jarak waktu yang cukup
lama.
Cinta datang kepada orang yang
masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka
yang masih percaya, walaupun
mereka telah dikhianati. Kepada
mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun mereka
telah disakiti sebelumnya dan
kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali
kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta
pada orang yang tersayang
sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa
catatkan kata-kata cinta itu pada
pusaranya . Sebaliknya ucapkan
kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi
ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan
kita bertemu dan bercinta dengan
orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri, tetapi
menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan
semangat, tetapi membangkitkan
semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit
menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit
menjadi sembuh, penjara menjadi
telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah
memiliki keberanian untuk
menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam
hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat
berarti bagimu. Hanya untuk
menemukan bahawa pada
akhirnya menjadi tidak bererti
dan kamu harus membiarkannya
pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat
merindukan seseorang, ketika
kamu memikirkannya hatimu
hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar
kata “Hai” darinya, dapat
menyatukan kembali kepingan
hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian
kasih sayang. 99 disimpan disisinya
dan hanya 1 bahagian diturunkan
ke dunia. Dengan kasih sayang
yang satu bahagian itulah,
makhluk saling berkasih sayang
sehingga kuda mengangkat
kakinya kerana takut anaknya
terpijak.
Kadangkala kamu tidak
menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah
kamu kehilangannya. Pada saat
itu, tiada guna sesalan karena
perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang
seperti bunga, kerana bunga mati
kala musim berganti. Cintailah
mereka seperti sungai, kerana
sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya
serta membuat budak menjadi
pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah
membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya sendiri, dan
tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai
pantulan diri sendiri yang kamu
temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang
mesti ada pada tiap-tiap diri
manusia, ia laksana setitis embun
yang turun dari langit,bersih dan
suci. Cuma tanahnyalah yang
berlain-lainan menerimanya. Jika
ia jatuh ke tanah yang
tandus,tumbuhlah oleh kerana
embun itu kedurjanaan,
kedustaan, penipu, langkah
serong dan lain-lain perkara yang
tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada
tanah yang subur,di sana akan
tumbuh kesuciaan hati,
keikhlasan, setia budi pekerti yang
tinggi dan lain-lain perangai yang
terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya
sekadar di bibir dan bukannya di
hati mampu melumatkan seluruh
jiwa raga, manakala kata-kata
cinta yang lahir dari hati yang
ikhlas mampu untuk mengubati
segala luka di hati orang yang
mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila
kamu akan jatuh cinta. namun
apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua
tanganmu,dan jangan biarkan dia
pergi dengan sejuta rasa tanda
tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan
lumrah dituturkan dari mulut ke
mulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan
suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya
tidak berombak. Bukan cinta
namanya jika perasaan tidak
pernah terluka. Bukan kekasih
namanya jika hatinya tidak
pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk
dicintai juga memang mudah. Tapi
untuk dicintai oleh orang yang
kita cintai itulah yang sukar
diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita
memperolehi kasih sayang, ialah
jangan menuntut agar kita
dicintai, tetapi mulailah memberi
kasih sayang kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 bebelan:
Post a Comment